Rebus Sic Stantibus
- Prinsip yg menekankan apabila menilai sewa suatu pegangan, hendaklah dinilai mengikut keadaan semasa.
- terdapat semakan sewa bagi menentukan kenaikan nilai pegangan tersebut.
Dalam menentukan nilai sewa pasaran sesuatu pegangan, maka beberapa prinsip
perlu diambilkira. Terdapat dua prinsip yang perlu diberi penekanan dalam penilaian
sewa iaitu prinsip rebus sic stantibus dan penyewa hipotesis (Ahmad Ariffian &
Hasmah Abu Zarin, 2001). Prinsip rebus sic stantibus menekankan bahawa apabila
menilai sewa suatu pegangan, hendaklah dinilai mengikut keadaan semasa dan terdapat
semakan sewa bagi menentukan nilai kenaikan nilai pegangan tersebut manakala
penyewa hipotesis pula menyatakan bahawa penilaian nilai sewa hendaklah
berdasarkan berapakah sewa yang munasabah yang mungkin akan dikenakan dengan
nilai yang setimpal sebagai balasan oleh penyewa kepada tuan tanah.
Oleh yang demikian, bagi penentuan nilai sewa, selain daripada faktor lokasi,
tahap penyenggaraan bangunan juga menjadi salah satu komponen terpenting dalam
penentuan nilai sewa. Ini adalah kerana tahap penyenggaraan adalah bernilai terus
dengan nilai sewa (Gurjit Singh, 2001).