PENGAMBILAN BALIK TANAH



URUSAN PENGAMBILAN BALIK TANAH

1.0.    Akta Pengambilan Balik Tanah (Akta No. 34 Tahun 1960) diwujudkan pada 13 Oktober 1960 untuk membolehkan Kerajaan mengambil tanah milikan bagi tujuan-tujuan tertentu dengan mengandungi peruntukan-peruntukan pembayaran pampasan ke atas semua tanah-tanah yang diambil menepati perkara 18 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi :-    
   
        1.1.      Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.    

        1.2.      Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-            harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.
   

2.0.    SIAPA BOLEH MEMOHON
   
    2.1. ~ Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Untuk Kementerian) atau Jabatan-jabatan Persekutuan) atau    

    2.2. ~ Jabatan Negeri, atau    

    2.3. ~ Orang perseorangan atau Badan Persendirian.    


3.0.     TUJUAN PENGAMBILAN
   
    3.1. Tanah boleh diambil balik hanya :-    
        a     Untuk kemudahan awam.    
b.     Untuk mana-mana orang atau Perbadanan bagi apa-apa jua kegunaan yang ada pandangan Pihak Berkuasa Negeri memberi faedah kepada Pembangunan Ekonomi Malaysia atau kepada orang awam amnya atau mana-mana kumpulan orang awam.    
c.    Untuk maksud Perlombongan, Perumahan, Pertanian, Perniagaan atau Perusahaan.    

*  Bagi maksud (C) ini Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dalam suratnya KTPK/101/SPT.8-3 Jld. 2(94) menggesa Kerajaan Negeri supaya memberhentikan dahulu Pengambilan Balik Tanah untuk tujuan Pembangunan bersifat Komersial; di bawah Seksyen 3(b) atau 3(c) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.    


4.0.    TANAH YANG BOLEH DIAMBIL BALIK
   
4.1. Tanah milik (iaitu tanah yang ada hakmilik berdaftar baginya, melainkan tanah milik Kerajaan Persekutun.    

4.2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.    

4.3. Tanah yang diduduki oleh kerana ada catatan di dalam daftar pegangan di bawah (Group Settlement Areas) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960.    
   







BORANG-BORANG YG DIGUNAKAN DLM AKTA PBT 1960 (ACT 486)
   
    BORANG A (S 4)     -   NOTIS BAHAWA TANAH MUNGKIN PEROLEHI    
    BORANG B (S 5)     -   KEBENARAN UNTUK MEMASUKI PENGUKURAN    
    BORANG C (S 6)     -   JADUAL TANAH-TANAH YANG TERLIBAT DENGAN PEMEROLEHAN    
    BORANG D (S 7)     -   PENGISTIHARAN PEMEROLEHAN YANG DICADANGKAN    
    BORANG E (S 10)     -   PEMEROLEHAN YANG DICADANGKAN :   NOTIS PENYIASATAN    
    BORANG F (S 11)     -   NOTIS MENGHENDAKI KETERANGAN SECARA BERTULIS    
    BORANG G (S 14)     -   ANUGERAH BERTULIS UNTUK PAMPASAN    
    BORANG H (S 16)     -   NOTIS ANUGERAH DAN TAWARAN PAMPASAN    
    BORANG I (S 19)     -   SURAT AKUAN SEGERA    
    BORANG J (S 20)     -   NOTIS SUPAYA MENGOSONGKAN BANGUNAN    
    BORANG K (S 22)     -   NOTIS BAHAWA PEMILIKAN TELAH DIAMBIL KE ATAS TANAH    
    BORANG L (S 24)     -   NOTIS UNTUK MENGHANTAR DOKUMEN/DOKUMEN-DOKUMEN    
    BORANG M (S 36)     -   RUJUKAN KEPADA MAHKAMAH    
    BORANG N (S 38(1)     -  PERMOHONAN BAHAWA SUATU BANTAHAN DIRUJUK KPD MAHKAMAH
    BORANG O(S 38(5)     -   RUJUKAN KEPADA MAHKAMAH    
    BORANG P (S 43)     -   NOTIS    
    BORANG Q (SN 58)     -   NOTIS PENDUDUKAN SEMENTARA ATAU KEGUNAAN TANAH    
   


PROSES PENGAMBILAN BALIK TANAH
   
1.0.     PERMOHONAN-PERMOHONAN MANA-MANA AGENSI
   
-  Apabila menerima surat daripada mana-mana agensi - langkah pertama yang perlu dibuat ialah membuka fail, mendaftar dan mengedar fail. Kulit fail ditulis mengikut tajuknya dan mengikut tujuan permohonan.    

-  Surat-surat dan pelan hendaklah dimasukkan ke dalam fail berkenaa.   Setelah itu fail tersebut hendaklah diedarkan kepada Penolong Pentadbir Tanah I(PPT I)/Pegawai berkenaan  bagi mendapatkan arahan dan tindakan selanjutnya.    

-  PPT  -  Pada kebiasaan PPT akan mengarah kepada Pegawai Petempatan Kanan (PPK) bagi
    mendapat pengesahan mengenai kedudukan tanah tersebut.    

-  Setelah siasatan ke atas tanah tersebut selesai, penyediaan draf Borang 'C' dan Borang 'D'.    

-  Jika terdapat banyak lot-lot yang terlibat berpandu kepada laporan S.O.  Satu jadual perlu
   disediakan.    

-  Perkara yang perlu dicatat dalam Borang 'C' dan 'D'.    
        i.    No. Lot
        ii.    No. Keterangan
        iii.    Nama Tuan Tanah
        iv.    Luas Keseluruhan
        v.    Luas Yang Hendak Diambil    

-  Borang `C' dan 'D' hendaklah disediakan dalam 10 salinan.    

-  Setelah selesai penyediaan Borang 'C, 'D', pelan & laporan S.O. satu kertas pengesyoran disediakan oleh PPT/Kerani ABT.

-  Persetujuan dan ditandatangan oleh Pentadbir Tanah (PT).  Perkara-perkara yang perlu dihantar kepada PTG untuk mendapat pertimbangan EXCO ialah 20 keping pelan, lapan (8) salinan Borang 'C' dan lapan (8) salinan Borang 'D'.    




2.0.     MENERIMA KELULUSAN & WARTA
   
    Warta    
    -  Satu salinan Warta hendaklah kepada Jabatan Penilaian bagi menentukan nilaian tanah sebenar.    


3.0.     PENYEDIAAN BORANG 'E'
   
    -  Setelah PPT memeriksa laporan nilaian daripada Pejabat Penilai, satu tarikh siasatan akan ditetapkan dalam Borang 'E'.
   
    -  Borang 'E' hendaklah diedarkan kepada PTG, Tuan-tuan, Balairaya, Balai Penghulu, Papan Notis Pejabat dan Mana-mana Agensi yang terlibat.    

    -  Tarikh siasatan dijalankan tidak kurang 21 hari daripada tarikh Borang 'E' dikeluarkan.    


4.0.     PENYEDIAAN BORANG 'G'
   
    -  Setelah selesai siasatan Borang 'E', penyediaan Borang 'G' dan hendaklah dihantar kepada  PTG atau lain-lain jabatan seperti JKR, JPS dan JBA untuk memaklumkan kos sebenar bayaran pampasan diperlukan.    

    -  Setelah mendapat waran daripada PTG, penyediaan baucer untuk dibuat bayaran dengan segera.    


5.0.     PENYEDIAAN BORANG 'K'
   
    -  Setelah selesai bayaran, Borang 'K' hendaklah diedarkan untuk didaftar.
   
    -  Dua (2) salinan Borang 'K' dihantar ke Bahagian Pendaftaran dan Hasil untuk dibuat catatan dalam Buku Perserahan dan Rekod Daftar Tanah (RDT).    


6.0.     MENGEDARKAN FAIL UNTUK DIBUAT PERMINTAAN UKUR (P.U)
   
    -  Tanah-tanah yg telah selesai diambil balik yg masih ada baki diedar untuk dibuat P.U. oleh Pegawai Petempatan (PP)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

allif said...

Boleh ke pemohon induvidu atau sekumpulan induvidu mohn kerjaan ambik balik utk laluan awam dgn induvidu yg bayarkan pampasan tersebut.Laluan tersebut perlu kerana semua pemilik enggan berikan haklaluan kpd saya..

allif said...

H

Unknown said...

Boleh terangkan apa perbezaan pengambilan tanah di Semenanjung dan Sabah

Unknown said...

Borang D adalah Seksyen 8 iaitu pengisytiharan pengambilan tanah, bukan Seksyen 7.

Post a Comment